TRIP TO TELUK BATIK






Cuti sekolah dah bermula, kami sekeluarga pergi bercuti ke Teluk Batik, Lumut, Perak.  Pada awalnya kami tidak merancang pun nak pergi bercuti lebih-lebih lagi masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kalau dah last minute punya planning memang tak dapat la survey hotel or chalet yg best2, booked pun 2 minggu sebelum pergi, so dapat la kami room yg ala-ala aje gitu. Nak booking Marina Cove dah full, Virgo Batik Resort je yang vacant masa survey tu, walaupun ada terbaca review blogger lain yg pernah stay kat sini agak menakutkan tapi kami pasrah jela. 



Ni view dari tingkap bilik kami, kami dapat view belakang hotel. Masa baca review blogger yg disebutkan diatas tu ada cerita kolam mandi ni telah menjadi tempat monyet liar berenang-renang, siap ada gambar lagi tu wakaka. La ni deme dah tak bagi mandi kat kolam ni mebi dah ada aduan la tu kot so kolam tu dibiarkan air cetek dan kosong supaya tiada orang mandi-manda kat situ. Actually Resort ni ada je kolam mandi yang lain dan besar sedikit dan lebih terjaga so tak la rasa ralat sangat untuk mereka yg gemar mandi kat kolam renang.

Lepas check in letak barang kami minum-minum dulu sambil makan bubur Perak lepas tu salin pakaian kami terus ke pantai Teluk Batik.







Bila hari dah senja kami stop mandi dan kami pulang ke bilik hotel untuk bersihkan badan dan berehat seketika sebelum keluar semula untuk makan malam. Lebih kurang pukul 9.00 malam gitu kami cari kedai makan sekitar lumut yg terdekat. Kami makan kat restoran betul-betul tepi jalan kat simpang traffic light berhampiran perumahan awam(navy). Tapi tak da snap foto sebab dah lapar sangat, order makanan pun yang simple je nasi goreng cina, tomyam daging, ayam goreng kunyit, air sirap bandung dan teh tarik. Lepas makan malam kami jalan-jalan sebentar sekitar dataran teluk batik, kebetulan ada event pertandingan menyanyi. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami balik hotel untuk tido.

Keesokan hari selepas solat Subuh kami sambung tido lagi..hahahah. Agak lewat kami bangun. bangun ja tido trus bersiap untuk check out n cari makan. Kami pergi makan malam kat Restoran area yg sama juga tapi kali ni kedai yang kami makan ni bersebelahan dgn restoran yg malam sebelumnya kami makan tu. Kami order 3 lauk ni je. Siakap bakar, kailan masin dan sup ayam.











Ikan siakap bakar, masa order tu sebut ikan bakar je tapi langsung tak tanya ikan apa yg nak dibakar. Bantainya deme bagi ikan yg tak pernah makan baru tau, nasib baik la kita tanya ikan apa yg ada. Sedap juga ikan bakarnya, cukup bahan perapan dan tumisannya.


Harga lauk-pauk yang kami makan ni dalam RM40 je tau. Kira murah la ikan siakap tu. Perut dah kenyang so sebelum balik rumah kami singgah solat Zohor kt Petronas. Selesai solat kami singgah sebentar ke Lumut untuk memborong hasil laut pula.



Ikan bilis yg dijual disini segar-segar belaka dan tiada lalat, nampak kemas dan bersih je kedai ni. Ikan bilis mata biru yg dijual disini murah sikit berbanding dikedai yg lain. Korang jgn tertipu tau, kalau nak beli ikan bilis mata biru tapi nak murah diorang jual ikan bilis kotak mai dari siam punya tapi deme kata la yg tu ikan bilis mata biru juga. Oleh kerana kami kerap memborong ikan bilis mata biru disini makanya sedikit sebanyak dah tau la rupa dan jenis ikan bilis mata biru yg sebenar. Harga pula 100gm  RM7.50, kalau beli sekilo RM70,  setengah kilo pula RM35. Kira ikan bilis mata biru yg kami beli ni jenis yg murah setakat ini sebab ada yg lagi mahal sekilo RM80-90. 

Tara...hasil-hasil laut yg sempat diborong. Ada la 3kg ikan bilis mata biru ni kami borong untuk diri sendiri dan jiran sebagai buah tangan. Masing-masing yg tahu kesedapan dan kekenakan ikan bilis mata biru ni memang tak ketinggalan untuk beli jika singgah kat sini, rugi tak beli tau, sedap ikan bilis ni, rangup. Kadang-kadang beli kat pasar punya bila goreng liat.



Sekian sahaja pengembaran kami selama 2hari 1malam ke Teluk Batik. Meneruskan perjalanan balik ke rumah....









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN TEMUDUGA KONSTABEL PDRM

WAYANG KULIT DI MALAYSIA