PERJALANAN HIDUPKU (suntingan gambar)



PERJALANAN HIDUPKU.... 
          Aku dilahirkan pada 1 Julai 1991 di Hospital Sungai Petani. Merupakan anak kedua dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri. Seterusnya menyambung ke peringkat menengah di SMK Sungai Layar dan SMT SG Petani 1. Telah ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat sijil di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau dan diploma di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.



          Setelah tamat pengajian telah mendapat tawaran kerja sebagai seorang anggota polis. Masuk rekrut polis pada 23.06.2012 di Pulapol Pusasda Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 6 bulan mengikuti kursus untuk mentranformasi diri dari orang awam untuk menjadi seorang anggota polis. Selepas tamat kursus, telah ditempatkan di Balai Polis Kota Kinabatangan, Sabah. Selama 6 tahun berkhidmat di Sabah telah ditukarkan ke Balai Polis Kampung Baru, Ipoh.




          Pada tanggal 28.11.2014 telah dipertemukan jodoh dengan seorang gadis dari Alor Setar bernama Noramira Binti Roslan. Pada 11.09.2015 telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Annisa Humaira. 

          Berasal dari Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Kini menetap di Ipoh, Perak. Menyambung pengajian jarak jauh Universiti Utara Malaysia kampus Perak di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Program yang diambil ialah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

          Gambar-gambar untuk tatapan semua :-)




  





kenangan bertunang pada 01.02.2014



akad nikah pada 28.11.2014


majlis sebelah perempuan pada 29.11.2014 #turquoise





















majlis sebelah lelaki 01.12.2014 #ungu














anakku yang comel...


Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2016



Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2017


Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2018


sekian...............













Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN TEMUDUGA KONSTABEL PDRM

WAYANG KULIT DI MALAYSIA

TRIP TO TELUK BATIK