RESEPI FIZRA NASI AYAM ISTIMEWA




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah...setelah sekian lama cuti berblog,akhirnya hari ini baru berkesempatan untuk meletakkan entri terbaru. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki tidak bermakna blog ini diabaikan. Hari ni off day so time tu enjoyyy (enjoy untuk buat tugasan)....hehehe...Oklah tak nak celoteh panjang sangat nanti jemu pulak pembaca di luar sana kan... Kali ni saya nak kongsikan resipi Nasi Ayam Yang Paling Sedap yang dibuat oleh isteri tercinta untuk suami dan anaknya... pada pembaca yang nak tau betul ke sedap nasi ayam ni jommm semak resipinya…





Lauk Ayam:
1 ekor ayam-Dipotong empat
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah

Bahan Perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

1.Kisar halia,bawang putih,bawang merah.Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

2.Didihkan air dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.Gantungkan ayam sekurang-kurangnya satu jam(saya tak gantung).

3.Goreng ayam secara deep fry sehingga minyak menenggelami ayam.Untuk lebih mudah,sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.(saya tak ikut sebab ayam tu saya potong empat).Setelah ayam masak,angkat dan gantung untuk toskan minyak.Potong ayam dan hidang.


Nasi Ayam

Mentega
Sedikit minyak masak-saya tambah
Minyak ayam-saya tak letak
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*(tumbuk/kisar)
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)-tak letak
Susu full cream
Serbuk ayam-saya guna kiub pati ayam
Garam,gula
Rempah penumis-bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis

1.Basuh beras,tos dan letak dalam rice cooker.Didalam kuali masukkan mentega,tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar,bunga lawang,buah pelaga,kayu manis,daun pandan dan daun salam.(saya terus tumis dalam rice cooker).

2.Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi,susu full cream,garam,kiub pati ayam dan gula mengikut rasa.

3.Biarkan mendidih dan tutup api.Tuang ke dalam beras tadi,jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak nasi seperti biasa.Setelah nasi masak tabur bawang goreng atau daun sup dan sedia untuk dihidang.


Sambal cili
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt cuka
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomato-optional

Blend cili merah,bawang putih dan halia.Masak dalam kuali.Masukkan gula,garam dan cuka secukup rasa.Tambah sedikit air rebusan ayam.Masak dengan api kecil sehingga pekat.

Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.Angkat.

Kuah Sup
Air rebusan ayam
Jeruk kubis-tak letak
Kiub pati ayam
Daun bawang-tabur
Daun sup-tabur
Bawang putih goreng-tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan dengan jeruk kubis,garam,kiub pati ayam.Letakkan potongan daun bawang,daun sup dan bawang putih goreng ketika menghidang.


Cara-cara untuk buat lauk ayam 


perap ayam dengan bahan kisar selama 30minit


rebus ayam dengan air secukupnya sehingga setengah masak


perap ayam dengan bahan perapan


goreng ayam hingga masak


siap sedia untuk dihidang


Cara-cara untuk buat nasi ayam


bahan-bahan yang diperlukan


cairkan mentega dan sedikit minyak untuk tumis bahan tumbuk


masukkan beras yang telah dibasuh dan kacau sebati


masukkan air rebusan ayam,susu full cream, kiub pati ayam, gula, garam


nak bagi nasi cantik gini air jangan lebih n jangan kurang ya 



aksesori nasi ayam


siap sedia untuk dimakan..nyum3


selamat mencuba...bye2



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN TEMUDUGA KONSTABEL PDRM

WAYANG KULIT DI MALAYSIA

TRIP TO TELUK BATIK