Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

PERJALANAN HIDUPKU (suntingan gambar)

Imej
PERJALANAN HIDUPKU....             Aku dilahirkan pada 1 Julai 1991 di Hospital Sungai Petani. Merupakan anak kedua dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri. Seterusnya menyambung ke peringkat menengah di SMK Sungai Layar dan SMT SG Petani 1. Telah ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat sijil di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau dan diploma di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.           Setelah tamat pengajian telah mendapat tawaran kerja sebagai seorang anggota polis. Masuk rekrut polis pada 23.06.2012 di Pulapol Pusasda Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 6 bulan mengikuti kursus untuk mentranformasi diri dari orang awam untuk menjadi seorang anggota polis. Selepas tamat kursus, telah ditempatkan di Balai Polis Kota Kinabatangan, Sabah. Selama 6 tahun berkhidmat di Sabah telah ditukarkan ke Balai Polis Kampung Baru, Ipoh.           Pada tanggal 28.11.2014 telah dipertemukan jodoh dengan seorang g

TEMURAMAH USAHAWAN DNS KACANG PUTIH, BUNTONG

Imej
1.0 PENGENALAN                         Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan semakin hari semakin bertambah seiring dengan kemodenan dan kemajuan yang sedang dicapai oleh negara ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”.             Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Kita boleh menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan pernia