Catatan

REVIEW RESTORAN 21 GRILLED

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni nk review sebuah restoran yang kami pergi semalam. Nama restoran tersebut ialah Restoran  21 Grilled  yang terletak di Taman Cempaka Ipoh. Walaupun duduk dekat Ipoh ni tapi baru kali ni berkesempatan nak singgah makan dekat sini. 21 Grilled Ipoh Lokasi dia memang cukup strategik sebab Taman Cempaka ni memang tempat tumpuan bagi student Politeknik Ungku Omar Ipoh ni disebabkan disinilah tempat untuk print, fotostat segala jenis assignment dan project dan disini jugak ada station minyak Caltex. So kalau time pelajar-pelajar ni kaya sikit boleh la singgah 21 Grilled sebab harga dia standard macam kita makan dekat KFC atau McDonald jugak tetapi apa yang istimewanya dekat sini ialah 21 Grilled menyediakan burger gergasi !!! yaaa gergasi dan aku pon dah cuba makan memang sedap rugi kalau tak cuba. Selain burger, kalau nk makan nasi beriani kambing dan ayam grill pun ada tau. Akhirnya order

PERJALANAN HIDUPKU (suntingan gambar)

Imej
PERJALANAN HIDUPKU....             Aku dilahirkan pada 1 Julai 1991 di Hospital Sungai Petani. Merupakan anak kedua dari 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri. Seterusnya menyambung ke peringkat menengah di SMK Sungai Layar dan SMT SG Petani 1. Telah ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat sijil di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau dan diploma di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.           Setelah tamat pengajian telah mendapat tawaran kerja sebagai seorang anggota polis. Masuk rekrut polis pada 23.06.2012 di Pulapol Pusasda Port Dickson, Negeri Sembilan. Selama 6 bulan mengikuti kursus untuk mentranformasi diri dari orang awam untuk menjadi seorang anggota polis. Selepas tamat kursus, telah ditempatkan di Balai Polis Kota Kinabatangan, Sabah. Selama 6 tahun berkhidmat di Sabah telah ditukarkan ke Balai Polis Kampung Baru, Ipoh.           Pada tanggal 28.11.2014 telah dipertemukan jodoh dengan seorang g

TEMURAMAH USAHAWAN DNS KACANG PUTIH, BUNTONG

Imej
1.0 PENGENALAN                         Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar. Usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan semakin hari semakin bertambah seiring dengan kemodenan dan kemajuan yang sedang dicapai oleh negara ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”.             Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Kita boleh menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan pernia