PENGALAMAN TEMUDUGA KONSTABEL PDRM



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini entri khas semperna menyambut Hari Polis yang ke-212. Saya nk cerita pengalaman saya temuduga konstabel PDRM pada tahun 2011. Pengalaman saya sebanyak 2 kali menjalani proses pengambilan calon konstabel polis. Tujuan saya sekadar berkongsi pengalaman kepada semua yang berminat untuk menyertai PDRM.
 
1.Isi borang SPA online
2.Ujian Fizikal
3.Temuduga + Medical check up
4.Malaysian Integrity Test (MIT)
5.Ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL)
 
Kali pertama saya gagal dalam temuduga dan kali kedua saya berjaya dalam temuduga dan terima surat panggilan pada Jun 2012. Pada pengambilan 2012 tiada ujian MIT lagi, hanya pada pengambilan tahun 2014/2015 baru ada ujian MIT. Semuanya akan saya terang satu persatu-satu kemudian. 
 
 
1. Isi borang SPP online www.spa.gov.my/
Anda perlu isi borang SPA Online dengan memilih jawatan konstabel di ruangan Jawatan dalam PDRM. Ini kerana PDRM tidak lagi mengeluarkan borang di IPD. Seterusnya kalau ada rezeki anda hanya perlu menunggu pangilan telefon daripada IPD berdekatan anda utk mengambil surat menjalani Ujian Fizikal.
 
Pengambilan Konstabel PDRM hanya dibuka 2 tahun sekali. Kalau sudah lama anda mengisi borang SPA tetapi tidak mendapat pangilan, Ada 3 perkara yg perlu dibuat:
 
1. Check balik sama ada anda melepasi syarat-syarat menjadi Konstabel polis mengikut ketetapan SPA- umur, tinggi,kelulusan pendidikan dll. (kalau rasa ketot, masih bawah umur sila sedar diri dengan kadar segera)
2. Selalu update SPA atau isi lain borang SPA anda.
3. last sekali telefon unit pengambilan PDRM untuk maklumat lanjut.
 
Pengambilan polis kini adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis.  
 
2. Ujian Fizikal
Anda akan diminta hadir ke sekian tempat dengan membawa beberapa salinan dokumen. Seeloknya datang awal utk memudahkan segala urusan. kesemua aktiviti di lakukan dalam dewan.
Antara aktiviti dalam Ujian Fizikal:
 
 
1.       check BMI
2.      tekan tubi 20x
3.      bangun tubi 20x
4.      lari ulang alik 10x
  lompat bintang 20x

6.       lompat turun tekan tubi 20x
7.       check anggota badan
8.       kawad dan suara

 
Gilos dahsyat kan nak masuk. Agak-agak dah semput tuh start la pergi gym sekarang sebelum ujian fizikal nih.
 
Pada pengambilan tahun 2014/2015 lebih kelonggaran diberikan, antaranya yang rabun (berkaca mata) dengan power tertentu dibenarkan dan yg dah berkahwin (wanita) pun dibenarkan tapi jangan pregnant sudah.Jika anda berjaya dalam Ujian Fizikal, tidak semestinya anda akan dipanggil ke temuduga seterusnya.
 
Disini ada 3 perkara yg akan menolong anda utk berjaya ke temuduga:
 
I. Rezeki
 
kalau ada rezeki tak kemana. banyak2 la berdoa pada ALLAH
 
II. Pendidikan
Bidang pengajian anda juga memberi markah tambahan spt bidang pengurusan, kejuruteraan dll. Kalua ada diploma atau ijazah lagi terbaikkkk
 
III. Aktif kokorikulum
 
Badan uniform - spt SUKSIS, PALAPES, JPAM dll diberikan keutamaan dan markah tambahan.
Persatuan/kelab – lagi tinggi jawatan lagi tinggi markah.
Sukan – hanya peringkat IPT ke negara diberikan markah.
 
 
3. Temuduga + Medikel Check up
 
 
Anda akan sekali lagi mendapat pangilan daripada IPD berdekatan utk mengambil surat menghadiri temuduga pada sekian tarikh. Temuduga adalah yg paling mencabar sekali. Pada hari aku berjaya dalam temuduga hanya 6 orang berjaya daripada 27 orang..dasyat tak?? huhu. Skop temuduga adalah berkisar tentang PDRM, Isu semasa, pengetahuan agama dan lain-lain. Paling banyak ditanya adalah soalan mengenai PDRM.
 
Anda akan di temuduga oleh 3 panel penemuduga. 2 panel dari PDRM yg berpangkat keris silang tu... jangan main-main.... huhu. 1 panel lagi daripada SPA.
 
Anda akan ditemuduga secara berseorangan. duduk atas kerusi dihadapan panel dengan jarak 3 meter lebih kurang. masa tu lah ketar lutut, nak terkencing, otak blur semuanya ada...
   
Pakaian
 
Pakaian kemaja putih, black tie, black belt, seluar slack hitam, sepatu hitam berkilat. rambut, misai, janggut mesti kemas. kalau perempuan pakai baju kurung dan sepatu hitam bertutup.
Bila masuk ke bilik temuduga langkah kehadapan sedikit kemudian bagi salam... Asalamualaikum Tuan (tgk gelaran yg tertinggi). Kemudian jalan ke kerusi... jalan la segak2 jangan jalan mcm nk pi pasar. kemudian duduk di kerusi bg segak.. jangan bongkok2 duduk tu.. dan ucapkan terima kasih tuan/tansri/datuk. kalau anda seorang bekas anggota badan uniform jangan hentam kawad mcm kat padang kawad.. kawad biasa saja.. x payah nak hentak kaki bagai.
 
Bila hendak menjawab soalan kena ada eye contact dan kalau x faham soalan minta diulang soalan dengan sopan. Jangan yg ditanya lain dijawabnya lain.
 
Kalau anda x tahu jawapan, jangan merapu.. kena panel semuanya otai-otai.
 
Cuba maintain cool & sentiasa senyum walaupun tak dapat menjawab 1-2 soalan. kalau korang down masa tu habis la... awal2 dah down mcm mana pulak kat pulapol nanti.
 
 
soalan-soalan temuduga
Sebenarnya dalam temuduga ini kalau confident & well prepared, ada pengalaman bekerja sikit tak kira lah kerja apa pun, public relation (PR) bagus insyallah akan menolong anda dalam temuduga ini.
Panel l daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) akan menanyakan soalan yg berkaitan diri anda saja... tak melibatkan PDRM. Panel ini akan bertanya soalan dalam bahasa melayu.
 
Antara soalannya yg febret:
 
Ceritakan pasal latar belakang diri anda?
 
masa nie la anda ceritakan tentang diri anda secara ringkas & padat ( tentang family,pendidikan,pencapaian,pengalaman kerja dll). Jangan sampai Panel l cakap itu saje?... itu maksudnya terlalu pendek. Ambil masa anda dan anggap spt anda sedang bersembang. kalau ini temuduga anda yg kali ke2 @ ke3 bagitau la kpd Panel.. sbb diaorang tak tau korang dah berapa kali temuduga.
 
Kenapa nak masuk PDRM?
 
Rata-rata calon akan menjawab saya nak masuk PDRM sebab saya betul-betul berminat. Puii.. lepas masuk pulapol sebulan masa tu minat pun dah hilang. tak dinafikan ada yg betul berminat tp support jawapan MINAT anda dengan beberapa alasan lain lagi...cthnya gaji polis dah mahal & menjamin masa depan... cewah..hahaha.
 
 
Panel ll daripada PDRM. beliau akan menanyakan soalan dalam English..huhu.. ramai calon yg x berapa reti nak speaking akan jem kepala otak kat sini hingga menyebabkan failed temuduga.. sebenarnya korang tak tau yg markah utk English tu sikit jer, x effect pun kalau tak fasih. Bantai cakap jer.. beliau cuma nak psiko jer. Apa yg penting keep cool.
 
Beliau juga akan menanyakan soalan berkaitan tentang bidang pengajian anda. faham betul2 apa yg anda belajar.. jangan sampai apa yg korang belajar pun korang x tau apa-apa... Ada jugak soalan berkaitan PDRM dan isu semasa.
 
Seterusnya, jangan dok pandai-pandai cakap pasal apa yg korang tak tau kerana yg korang tak tak tau itulah akan soal balik...
 
Panel lll juga daripada PDRM tapi beliau menanyakan soalan dalam bahasa melayu. Beliau agak tegas tapi best..huhu..Kebanyakan soalan beliau adalah soalan basic tentang PDRM. Kalau basic pdrm pun x tau..memang teruk la. cth : PDRM bawah kementerian apa, dalam PDRM ada berapa jabatan, visi & misi PDRM dll...
 
Di penghujung temuduga... Anda akan dapat merasakan yg anda SESUAI atau TIDAK SESUAI dalam temuduga. Habis interview anda perlu menunggu di dalam dewan dimana anda akan mengetahui keputusan temuduga.
 
Selepas sesuai temuduga
 
Kalau anda SESUAI temuduga bermaksud anda telah berjaya dan perlu mengisi borang, urine test, cap jari... lepas itu ada taklimat utk medikel check up dan Special Branch dll..walaupun anda sudah sesuai temuduga jangan berhenti kerja lagi kerana selepas ini ada lagi satu ujian iaitu ujian Malaysian Integrit Test (MIT)... kalau lulus MIT baru la berhenti kerja... kalau x ibarat yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran…
   
4. Malaysian Integrity Test (MIT)

Pada pengambilan 2014/2015 baru-baru ini ramai juga calon yg fail MIT boleh dikatakan hampir separuh la daripada yg sesuai temuduga termasuk saya jugak... kecewa separuh nak mati pun ada, mau tak nya semua proses dari ujian fizikal hingga ke ujian MIT makan masa hampir 6 bulan... tup tup fail plak MIT nk tunggu pengambilan seterusnya mau makan 2 tahun lagi...huhu... tp apa boleh buat, kita sebagai umat islam perlu redha dengan Qadak & Qadar ALLAH...belum rezeki lagi nampaknya. Teruskan berusaha....
 
Daripada kajian yg saya buat sedikit sebanyak kpd golongan yg failed MIT dapat lah saya simpulkan beberapa faktor. Antaranya:
 
 
I. Pengurusan masa
 
114 soalan perlu dijawab dalam masa 30 min. Oleh kerana pertama kali mengambil ujian ini maka calon yg terlalu berhati-hati dalam menjawab soalan akan kesuntukan masa. Ada yg x habis jawab soalan pun ada jugak. kira-kira 4 soalan dalam 1 min... klau baca 1 soalan 2-3 kali mmng x sempat la.
 
 
II. Panik
 
kalau dah kesuntukkan masa jadi panik la jawabnya.. berlaku la kesilapan yg bodoh spt tersilap menanda jawapan soalan A ke jawapan soalan B. Dengan masa yg singkat x sempat nak double check balik jawapan.
 
III. Failed disebabkan mencapai objektif MIT itu sendiri.
 
MIT adalah ujian Psikometrik utk menilai kecenderungan personaliti seseorang itu. Ekoran banyak berlaku kes-kes korupsi kebelakangan ini. Jadi antara objektif ujian MIT dilakukan bagi menapis calon yg cenderung kearah korupsi.
 
Setelah lulus MIT anda akan mendapat pangilan daripada unit pengambilan Bukit Aman utk mengambil surat lantikan di sekian tempat sebulan sebelum masuk ke pulapol...
Insyallah teknik menjawab soalan MIT akan saya kongsi lagi pada masa akan datang.. kena kumpul maklumat lagi... huhu.
 
Jika anda mendapat secebis ilmu daripada perkongsian ini, tidaklah saya meminta apa-apa balasan... sekadar doa utk kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Selamat menyambut Hari Polis yang ke-212 kepada semua yang ada kaitan ngn PDRM… “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
 
 
Ikhlas,
 
- hafiz

Ulasan

  1. Semoga terus bekhidmat dgn lebih cemerlang..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Kalau yg pernah menarik diri(bukan meletak jawatan) dari latihan pulapol, bleh memohon blik x?

    BalasPadam
  3. terima kasih cik atas sharing pengalaman ini. syukur sy suda lepas ujian dari fizikal, MIT, lisan last skali medical check up. dan skrg tnggu panggilan dari unit pengambilan sja layak atau tdk jadi polis. sy calon pengambilan 2018, baru selesai oct 2019. mau setahun jga baru lepas semua tu. hehehe. sharing cik banyak membantu sy selama ni. terima kasih cik 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mana dapat tak ? berapa lama ambil masa tunggu lepas hantar medical checkup?

      Padam
  4. Berapa markah paling minimum kalau nak lulus bagi test MIT ni?

    BalasPadam
  5. Ada spesifik utk jenis jam apa sesuai dipakai sewaktu temuduga?

    BalasPadam
  6. Kalo bekas tahanan askar boleh ker kalo nak mohon jadi polis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau ada rekod jenayah polis mmg rekod tu ada sampai mati, klu rekod dari tentera sy xpasti

      Padam
  7. Selamat ptg encik, adakah graduan it hanya bole masuk ke bidang it saja, adakah mustahil utk masuk ke department yg lain ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam pulapol semua sama ja...bila posting nanti akan tau dimana kedudukan kita...dlm formasi tu la akan dilihat bakat yg ada untuk digilap...

      Padam
  8. SEMOGA ENCIK SENTIASA DI MURAHKAN REZEKI DAN DIBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...SEGALA YG ENCIK SHARE NI BOLEH MEMBUATKAN SAYA PREPARE SEGALA PENGETAHUAN YG PERLU SYA ADA SEWAKTU UJIAN PDRM..TERIMA KASIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn...semoga kita semua diberikan kebaikan yg berpanjangan...

      Padam
  9. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN SAUDARA...MOGA TERUS SUCCES.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum encik. Boleh saya tahu, selain ujian “urine” adakah ujian darah juga akan diambil ketika membuat saringan “medical” ?

    BalasPadam
  11. Salam nak tanya..mcm mna dgn e pengambilan yer..sya bru dpt e pemgmbilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentiasa ikuti perkembangan di laman rasmi UNIT PENGAMBILAN PDRM di FB

      Padam
  12. Baru Tadi Hantar Anak Ujian Fizikal

    3/3 Ujian Komputer

    Face to Fqce

    Habis tuuu
    Baru
    Pergi Pulapor

    BalasPadam

  13. Info
    Siket
    Ujian komputer tu
    Soalan Apa

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Bukan soalan math saudara..soalan tentang diri kita sahaja..

      Padam
    2. Soalan umum mcm spa8 jgk...blh google contoh soalan MIT

      Padam
  15. Saya merasa kan kesedihan kerana saya tidak lepas ujian fizikal sbb keputusan pembelajaran saya lemah mmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah lpas hgga ke fizikal itu bkn bermkna pelajaran yg lemah...fizikal yg kurang mantap...cuba lagi di masa depan...jika ada rezeki xkemana...

      Padam
  16. best nye . saya cita2 nk jd polis tapi keputusan pelajaran saya lemah . dan sy rs sy tk sesuai jd seorang anggota polis 😌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy doakan tuan/puan berjaya di dunia dan di akhirat walaupun tdak mnjadi seorang anggota polis...

      Padam
  17. pada pengambilan tahun 2021, adakah wanita yg berkahwin (tidak mngandung) layak memohon dan menjadi anggota polis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu ya wanita klau dah berkahwin xlayak, sekarang dah boleh dgn syarat masa traning xmngndung...

      Padam
  18. Terima Kasih,InsyaAllah Semoga Berjaya Dunia and Akhirat Kelak.Doakan saya juga Tuan.

    BalasPadam
  19. Saya Nak Tanya Kalau Terlepas Ujian Fizikal Boleh Lagi Ke Apply Pdrm ? Sebab Saya Pernah Terlepas Ujian Fizikal Sekali , Now Dah 3Kali Apply Pdrm But Still Dalam Proses , Ke Kene Call Unit Pengambilan Pdrm Untuk Pertanyaan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlepas tu sbb disengajakan atau xdsengajakan?

      Padam
    2. Suami saya dulu tak cek terlepas 2 kali, tapi skrg aplly lagi dah dapat 🤭 insyaallah dapat tu jgn risau

      Padam
  20. Kalau ada parut kt lengan sb kudis.lepas ke

    BalasPadam
  21. salam sejahtera Encik. masa pergi ujian fizikal tuu wajib ke pakai baju putih dan track hitam?

    BalasPadam
  22. Salam cik.. panggilan fizikal kene bawa pakaian mcmne dan bawa ape lg

    BalasPadam
  23. Saya nak tanya saya dah lepas temuduga fizikal, komputer, temuduga lisan dan dah hantar medical checkup.. lepastu masih tidak dpt panggilan pulapol... adakah saya dikira gagal atau pon kena tunggu sesi pulapol yg akan dtg? adakah saya perlu mula dari stage awal balik?

    BalasPadam
  24. kalau urine test , kita buat kat sana or boleh buat kt mana ?

    BalasPadam
  25. Saya rabun warna, tapi tidak total, dapat mengenal warna cuma warna bahagian bintik bintik tu sesetngah tidak dapat di lihat, tiadakah kelayakan untuk org kekurangan seperti saya ???

    BalasPadam
  26. Masa ujian fizikal(check badan)kalau ada panau kat badan lepas tak?

    BalasPadam
  27. Kalau dah gagal fizikal test kali pertama boleh tak Cuba kali kedua

    BalasPadam
  28. Salam encik. nk tanya kalau dh dpt surat lapor diri then surat lapor diri tu hilang mcm mana ye?

    BalasPadam
  29. Kalau gagal bahasa english layak kh masuk PDRM?

    BalasPadam
  30. As'salamualaikum cik, saya dah selesai semua ujian, medical checkup pun dah hntar. cuma tunggu surat pelantikan dan panggilan pulapol, agak² lama tak tempoh diambil utk dapat surat pelantikan tu? terima kasih cik

    BalasPadam
  31. assalmmkm dlm mase 6 bln slps hantar medical chckup akan ditapis juga ye,baru dpt surat perlantikkan,sekiranya lebih jangkamasa akn dikira gagal?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WAYANG KULIT DI MALAYSIA

TRIP TO TELUK BATIK